Skip to main content

Hiburan

Netizen Anggap Bella Astillah & Syed Saddiq Tak Sekufu, Abang Tampil Pertahankan - “Perbezaan IQ Tidak Menentukan Keserasian…”

ASTROGEMPAK Syed Salleh

Sekilas

  • Seorang individu mempersoalkan keserasian hubungan antara Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dengan mendakwa ia seperti gimik semata-mata.
  • Abang Syed Saddiq, Syed Salleh, tampil mempertahankan pasangan itu dengan menegaskan komunikasi dan saling menghormati lebih penting daripada perbezaan IQ dalam hubungan.
  • Syed Salleh juga berkongsi bahawa dia mengenali kedua-duanya dengan rapat dan melihat komunikasi mereka berjalan dengan baik serta seiring.

Seorang individu berpendapat pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak sesuai untuk menjalinkan hubungan dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq. 

 

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mempersoalkan keserasian kedua-duanya dan menganggap mereka tidak ‘sekufu’, malah mendakwa hubungan itu kelihatan seperti gimik semata-mata.

 

“Tak percaya Bella Astillah betul couple dengan Syed Saddiq, macam tak sekufu. Macam tak relevant satu sama lain. Bella sesuai couple dengan IQ retis saja. Ni macam staged couple dari PR,” tulis. 

 

Bagaimanapun, kenyataan itu dibalas oleh abang kepada Syed Saddiq, iaitu Syed Salleh Syed Abdul Rahman yang tampil mempertahankan mereka.

 

Menurutnya, perbezaan tahap IQ (Intelligence Quotient) bukanlah penentu utama dalam sesebuah hubungan. Sebaliknya, komunikasi yang baik serta sikap saling menghormati jauh lebih penting dalam memastikan keserasian antara pasangan.

 

“Pendapat saya tentang perkara ini: Perbezaan IQ tidak menentukan keserasian, manakala komunikasi dan saling menghormati adalah peramal yang jauh lebih kuat. Sekadar pandangan saya,” balasnya. 

Tambahnya lagi, dia mengenali kedua-duanya secara rapat dan melihat sendiri bagaimana komunikasi antara mereka berjalan dengan baik serta seiring.

 

“Saya mengenali mereka berdua dengan rapat, dan komunikasi mereka selaras. Kenyataan anda bercanggah dengan hujah anda sebelum ini bahawa IQ mentakrifkan keserasian. 

 

“Dakwaan seperti itu tidak relevan tanpa bukti. Komunikasi dan saling menghormati lebih penting. Sekadar pandangan saya. Kesimpulannya, komunikasi tidak perlu rumit atau terikat dengan IQ yang tinggi. 

 

“Ia boleh semudah membincangkan isu dan mencari penyelesaian bersama. Itu mencerminkan kematangan,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Must-Watch Video

Advertisement