,
Laman Utama

"Letaklah Luar, Ini Bukan Parking Lot" - Tularkan Foto Berselipar Dalam Masjid, Individu Ini Kena Tarbiah Balik!

Amri Hassan
22/06/2021
09:50 MYT
Sekeping foto beberapa individu berselipar dan berbungkus plastik di dalam ruang yang dipercayai sebuah masjid tular di media sosial.
Dalam foto berkenaan, individu-individu berkenaan sedang duduk di kerusi yang disusun berbaris dan sedang menunggu giliran suntikan vaksin.
Bagaimanapun, foto berkenaan mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada pengguna media sosial yang mengandaikan tatacara berkenaan tidak sesuai.
"Bila lagi nak tengok orang bawa selipar dalam masjid? Inilah masa dia zaman fitnah.
"Apa ko tak boleh letak selipar kat luar masjid ker bang? Ini masjid bang bukan parking lot. Ini semua bodoh," tulis pengguna menerusi foto yang tular di Twitter itu.
Hal itu menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang membalas kicau tweet berkenaan.
"Ini gambar di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. Selipar & kasut dimasukkan dalam plastik & penerima vaksin bawa bersama ke dalam masjid.
"Selipar/kasut dalam plastik & dibawa bersama dalam masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram & Masjid al-Nabawi.
"Jika tidak ada ‘ain najis, maka tidak dikira bernajis. Kaedah fiqh menyebut dengan maksud; Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan)," jawabnya.
✅ Ini gambar di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak ✅ Selipar & kasut dimasukkan dalam plastik & penerima vaksin bawa bersama ke dalam masjid ✅ Selipar/kasut dalam plastik & dibawa bersama dlm masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram & Masjid al-Nabawi https://t.co/vRUIdt08NC— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) June 22, 2021 Perkara sama mendapat respon beberapa pengguna media sosial lain. Kata mereka situasi sama telah dipraktikkan selama ini.
"Bangang., ! hahahaha., tak pernah g masjid ke seblum ni dik? Dah lama buat kot bawa masuk selipar dalam plastic ke dalam masjid., macam tak pernah kena PKP je ko kan.
"Literally every masjid buat mcm ni nak elak berkerumun rebut selipar. Nampak sgt tak pergi masjid," tulis beberapa pengguna.
Balas aktivis kesihatan mental, Aiman Amri pula; "Macam mana tahu najis? Selipar kotor itu betul, tetapi najis bukan semestinya.
"Betul la tu sekarang zaman fitnah, iaitu oleh orang yang tulis tweet ini dan yang edit gambar itu.
Beberapa pengguna lain turut berkongsi keadaan sama di negara luar.
"Saya setuju ini suasana biasa sbb sepanjang sy menetap di Turki kalau masuk ke masjid memang macam ni.Mungkin segelintir masyarakat tak biasa dgn situasi begini akn pandang prkara sebegini sebagai fitnah.
"Di Bangladesh, ada peti letak kasut di setiap saf di dalam masjid... Memang biasa diamalkan begitu.. kalau letak di luar, alamatnya balik berkaki ayam," tulis pengguna di Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Unitar