Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

Umirah Halim
17/11/2024 09:25 MYT
Penyanyi Nabila Razali mengumumkan bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.

Bakal timang anak lelaki

Menerusi perkongsian video majlis gender reveal dapat dilihat momen dia bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani, meletupkan belon sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi mereka kepada tetamu yang hadir.

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

"Alhamdulillah, dah tahu gender baby. Tak nak sabar nak shopping barang bayi," katanya.

Belon kecil berwarna biru menjadi tanda pasangan ini bakal mendapat anak lelaki.

BERITA TRENDING: Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

​BERITA TRENDING: Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

​BERITA TRENDING: Video Warga Asing Kongsi Tentang Kehidupan Di

​BERITA TRENDING: Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai peminat yang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pelantun lagu Peluang Kedua itu.

“Tahniah, semoga baby jadi sihat dan menjadi anak soleh.

“Tahniah Bella dan suami semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin dan baby sihat selalu.

“Syukur alhamdulillah tahniah buat kedua-duanya,” komen beberapa netizen.

Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan.

Untuk rekod Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri pada 18 November 2023.

#Bayi #Nabila #Lelaki #Razali #Gender Reveal #sulung
;