Pernampilan khas Juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) berjaya menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang individu di Platform X, dapat dilihat Lewis sempat beramah mesra bersama salah seorang pelajar di sekolah tersebut.

Sempena ulang tahun ke-50 Petronas, difahamkan, Hamilton membuat kunjungan di sekolah berkenaan bagi mensantuni program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSK Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen teruja dengan kehadiran sosok pemenang tujuh kali Formula One tersebut.

“Gempak nya Hemilton datang.

“Budak-budak sekolah ni lagi bertuah dari aku.

“Pergh macam tu je dapat jumpa Hemilton.

“Weh nak jumpa jugak, lepas ni dia pergi ferrari tak datang malaysia dah.

“Jealousnya. Ini kalau dia datang KLCC habis semua geng lanyard penuh,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 94 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: JAWI Tak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

Berita Trending: "Jual Telur Mata Harga RM4.50?" - Netizen Terkejut Harga Makanan Peniaga…