Laman Utama

“Lihat La Betapa Hancur Hati Lelaki Akibat Dihina” - Babak Mak Yang Maki Pak Nordin Bikin Netizen Sebak

Izwan Isa
25/03/2022
08:20 MYT
Sejak ditayangkan pada 21 Mac lalu, drama Jangan Menangis Cinta lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli dilihat menyorot perhatian umum.
Selain fakta yang drama ini merupakan sebuah adaptasi daripada novel popular berjudul sama karya Siti Rosmizah, watak-watak yang diketengahkan juga menjentik waras penonton.
Salah satu watak yang viral di media sosial baru-baru ini adalah watak Mak Yang yang dilakonkan oleh Kiah Propa.
@chipsmore776 #janganmenangiscinta #mdrama #fypシ #foryourpage ♬ suara asli - sadvibes?
Mak Yang merupakan ibu kepada Riyana lakonan Amyra Rosli yang bermulut jahat. Kerjanya saban hari adalah mengkritik ahli keluarga sendiri termasuk suaminya.
Menerusi satu babak yang dalam episod awal Jangan Menangis Cinta, Mak Yang dilihat memaki hamun suaminya yang dilakonkan oleh Hilal Azman.
Meninjau ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan babak berkenaan. Tidak kurang ada yang pernah melihat depan mata situasi begini terjadi.
“Lihat la betapa hancur hati lelaki akibat dihina.”
“Kawan-kawan aku yang jadi suami macam ni, depan mata aku dia orang kena marah, hina dengan wife masing-wife, dalam media sosial juga. Aku jadi takut nak kahwin.”
“Sian tengok lelaki dah soft spoken ditengking aku pun tak faham kalau dah lelaki kasar nanti apa semua pandai la ni tu ni.”
“Nauzubilahiminalzalik... jauhilah aku daripada menderhaka kepada suami, mak ayah dan mertua.”
Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.
Hasil garapan sutradara Raja Mukhriz, drama ini turut dibintangi barisan pelakon Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman, Atilia Haron dan ramai lagi.
Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Zul & Zafran, Siapa Bapa Terbaik Untuk Cinta Aryana” - Jangan Menangis Cinta Disambung Dua Episod Lagi

gempak
26/05/2022
10:52 MYT
Sambung dua episod guys.
Laman Utama

“Apa Lah Agaknya Watak Akan Datang Zaf Ni”- Bila Remy Ishak Menari, Ramai Pula Tak Sabar…

gempak
14/05/2022
08:03 MYT
Amboi lembut juga Remy menari tu...
Laman Utama

Dilabel Suami Durjana, Penonton Menyampah Watak Remy Ishak, Wan Raja Dalam Drama Jangan Menangis Cinta & Dendam Seorang Isteri

gempak
12/05/2022
05:25 MYT
Sakit hati!
Laman Utama

“Tak Suka Mak Yang? Ada Ku Kesah!” - Power Betul Lakonan Kiah Propa

gempak
11/05/2022
07:36 MYT
Tak suka Mak Yang? No problem!
Laman Utama

Dua Tahun Mengenali Hati Budi, Halim Radzi & Sharifah Husna Sedang Merancang Tarikh Perkahwinan

gempak
10/05/2022
07:52 MYT
Semoga dipermudahkan.