Laman Utama
"Lillahitaala, Saya Tak Guna Aset Kerajaan" - Isu Naik Helikopter, Jovian Mandagie Minta Netizen Jangan Memandai Tabur Fitnah
Pereka fesyen tersohor, Datuk Jovian Mandagie menafikan dakwaan netizen menggunakan helikopter untuk kepentingan diri demi pulang ke kediamannya bagi mengelak banjir besar pada Sabtu.
Jelas Jovian, 35, isu dirinya menaiki helikopter tidak sepatutnya timbul dan lebih menggusarkan apabila hal itu disebarkan hingga menjadi fitnah.
"Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing & buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that.
"Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah," tegasnya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.
Terdahulu, hantaran di Instagram Stories pereka fesyen itu telah disebarkan di media sosial terutamanya Twitter dan menimbulkan salah faham bahawa Jovian mengambil kesempatan menggunakan jalan pintas dan aset kerajaan ekoran statusnya sebagai menantu Perdana Menteri.
"Sebab kau menantu PM (Perdana Menteri) boleh diselamatkan naik heli, siap tayang kat IG. Bagus! Yang lain duk stranded atas bumbung rumah dari semalam tidur dalam hujan, tidur dalam kereta," ciap seorang pengguna di Twitter.
Jelas Jovian lagi, dia menggunakan perkhidmatan helikopter jenis komersial untuk membawanya pulang ke pangkuan keluarga yang ternyata tidak sesuai digunakan untuk tujuan membantu mangsa dan orang ramai yang turut terkandas.
"Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu and turun-turunkan bantuan atau naikkan mangsa etc.
"Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!" tambahnya.
Justeru, nasihat Jovian agar orang ramai yang kurang senang dengan tindakannya agar tidak mengikuti akaun media sosialnya. Pada masa sama, mengajak orang ramai turut menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.
"Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right about me.
"There are better things to be done to help people out there. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya," katanya.
Jovian juga antara mangsa yang terjejas dengan fenomena banjir besar yang sedang melanda sekitar Shah Alam apabila gudang utamanya turut dimasuki air dan terpaksa ditutup buat sementara.
Must-Watch Video