Banyak tempat-tempat menarik yang mungkin anda belum pernah kunjungi. Pelbagai negara dengan bermacam tarikan yang tak mudah untuk dilupakan.

Khas untuk anda, kami senaraikan lima negara yang harus anda kunjungi dengan perjalanan yang anda mampu.

1. Australia

Australia bukan sahaja sebuah negara, tetapi merupakan satu benua. Terlalu banyak tarikannya tetapi Sydney adalah bandaraya terbesar di Australia yang patut anda kunjungi.



Sudah terbiasa melihat gambar-gambar di sosial media atau sebagainya, apa kata giliran anda pula untuk menyaksikan sendiri monumen Opera House yang menjadi kebanggaan Sydney.



Selain itu, anda juga boleh menaiki Harbour Bridge untuk menyaksikan pemandangan menakjubkan bandaraya Sydney.

2. New Zealand

Negara yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menjadi tempat pilihan untuk penggambaran filem-filem blok buster dan mereka yang inginkan ketenangan.



Anda juga pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan daripada kaum Maori yang cukup terkenal di seluruh dunia.

3. India

Ingat Sharukh Khan, pasti anda teringat bahawa India ada banyak lagi tarikan selain daripada Bollywood! Warna warni menjadi simbol keindahan yang anda takkan lupakan.



Kubu Merah di New Delhi tidak patut anda lepaskan dengan warnanya yang menakjubkan.



Begitu juga dengan cinta! Taj Mahal adalah inspirasi semua yang bercinta. Tentang kasih sayang Shah Jehan terhadap Mumtaz.

4. United Kingdom

Salah satu tempat yang harus anda lawati. Sebut sahaja London, semua pasti teringin melihat Istana Buckingham, London Eye dan bermacam-macam lagi.



Tidak sah kalau tidak melawat Stonehenge, yang merupakan mercu tanda paling terkenal di United Kingdom.

5. Vietnam

Negaranya mungkin kecil tetapi banyak tempat-tempat menarik yang pasti membuatkan anda kagum dan ingin anda kunjungi.



Vietnam mempunyai banyak pulau-pulau batu yang indah, dan menjadi lokasi penggambaran beberapa filem Hollywood.



Anda juga tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk menaiki Golden Bridge di Bukit Ha Ha yang menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong.

Mahal? Tidak sama sekali! Kesemua tempat ini dan banyak lagi mampu anda kunjungi dengan Malaysia Airlines Travel Fair yang berlangsung dari sekarang hingga 23 Mac ini.

Diskaun sehingga 55% untuk tiket penerbangan serta pakej-pakej hebat bersama MHHolidays di lebih 5,000 hotel di lebih 50 destinasi untuk anda pilih.

Kunjungi laman web www.malaysiaairlines.com dan ketahui lebih lanjut tentang Malaysia Airlines Travel Fair! Jangan terlepas peluang keemasan ini dan anda juga mungkin memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik.

Tunggu apa lagi, Malaysia Airlines Travel Fair di www.malaysiaairlines.com berlangsung dari sekarang hingga 23 Mac ini!