Cold Pursuit sudah menjengah pawagam mulai 21 Februari, filem ini menampilkan Liam Neeson sebagai watak utama.
Liam memegang watak sebagai Nels Coxman, seorang bapa yang berdendam dan menuntut keadilan terhadap pembunuhan anaknya.
Di sini, Gempak senaraikan lima sebab mengapa anda perlu tonton Cold Pursuit :
1) Jalan Cerita Yang Mudah Difahami
Penceritaan sepanjang filem ini sangat mudah difahami, penonton juga tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan punca masalah yang dihadapi oleh watak utama (Coxman), anaknya dibunuh pada permulaan filem ini.
2) Selitan Unsur Jenaka
Walaupun Cold Pursuit mengisahkan dendam Coxman yang melibatkan banyak adegan pembunuhan, namun penonton masih boleh ketawa kerana banyak unsur-unsur komedi yang ditampilkan antaranya elemen komedi pada setiap babak pembunuhan.
3) Lakonan Liam Neeson Yang Bersahaja
Lakonan Liam yang beraksi sebagai Coxman kelihatan bersahaja dan watak itu sesuai dibawa olehnya. Coxman merupakan seorang yang tidak terburu-buru dan tidak mudah melatah apabila berhadapan kekecewaan dan masalah besar.
4) Adegan Dendam Yang Sangat 'Rare'!
Disebabkan anaknya telah dibunuh, Coxman berniat untuk membalas dendam kepada si pelaku yang terlibat, dia telah menemui sekolah anak kepada pembunuh anaknya itu. Coxman berjaya menculik kanak-kanak itu namun dia melayannya dengan sangat baik di rumah. Penculikan itu hanya untuk membalas dendam kepada bapa kanak-kanak terbabit.
5) Pengakhiran Yang Memuaskan Hati Penonton
Penonton akan berpuas hati melihat pengakhiran filem ini, penjenayah utama yang membunuh anak Coxman telah tewas dan berjaya dibunuh, namun bukan Coxman yang membunuhnya, siapakah yang membunuh watak jahat tersebut? Anda harus tonton sendiri!
Jangan lupa saksikan Cold Pursuit yang kini sedang berada di pawagam!
Asraf Aided
Sun Feb 24 2019


#BIGSTAGE5: Coex Dapat Markah Tercorot, Farhan Shah Dah 3 Kali Bottom Three! Mujurlah Tiada Penyingkiran!
Semak markah penuh!

#PE3: 'Bawa Balik' Inspekstor Sani & Khai Dengan Korang! Figurine Polis Evo 3 Kini Dijual Cuma 100 Unit
Comelnya patung Zizan Razak & Shaheizy Sam!

Shashic & Filzah Selesa Sembunyikan 7 Tahun Percintaan – “Tak Ramai Suka…”
Patutlah tahu tahu dah kahwin

Fasha Sandha Dipuji Humble - “Baju Lama Tapi Recycle Balik..”
Hebat Fasha baju 2017 boleh pakai lagi!

#BIGSTAGE5: High School Crush! Mengimbau Kenangan Lagu Zaman Sekolah
Lagu semua best-best!

Tragedi Keretapi Terdahsyat India, 288 Maut & Ribuan Masih Terperangkap Dalam Gerabak
Takziah keluarga mangsa.

#BIGSTAGE5: “Tak Boleh Terlepas Ada Cinta Hati!” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Amir Ahnaf Jadi Presiden Netizen
Amir Ahnaf jadi Kapla Big Stage ke ni hehehe.

Sumbat Mayat Anak Buah Dalam Mesin Basuh, Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri
Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri

Scha Alyahya Terkejut! Tersenarai Antara Artis 'Rude' Dalam Trend Di Twitter - "Saya Minta Maaflah, Mungkin Tak Sedar Atau Tak Sengaja ..."
Scha Alyahya pun kena label rude?

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'
Aina Abdul kata pakaian yang dipakai sebahagian daripada brandingnya.