Penyampai radio Linda Onn bakal menamatkan perkhidmatannya di Kool FM pada 12 Ogos ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Linda memuat naik beberapa keping foto meraikan majlis perpisahannya untuk tatapan umum.

Akan merindui teman-teman seangkatannya, Linda turut berterima kasih kepada stesen radio itu kerana menerima kehadirannya sejak dua tahun lepas.

“Makan malam perpisahan bersama mereka, akan merindui mereka semua. Terima kasih kepada Kool FM kerana sudi menerima kehadiran Linda walaupun hanya dua tahun. Maafkan salah silap. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi. Selamat maju jaya Kool.

Gonna miss them. ?. Farewell dinner bersama team @koolfmmy Terima kasih Kool kerana sudi menerima kehadiran Linda walaupun hanya 2 tahun. Maafkan salah silap. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi. Selamat maju jaya Kool. Terima kasih semua pendengar Kool fm yang selalu call, respon pada topik yang dibincangkan. Maafkan kalau ada salah bicara ya. Radio tidak akan pernah mati dalam jiwa Linda. InshaAllah jika ada rezeki lagi, Linda akan keudara lagi di ruang udara lain ya. Thank you @haizahanafi @ag_azmeer @heymuazkoolfm @rea_koolfm for the beautiful memories.. I love u, family. P/s : Last on air Rabu 12 Ogos 2020. Dengar k.. ? .

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

“Terima kasih semua pendengar Kool FM yang selalu telefon, respon pada topik yang dibincangkan. Maafkan kalau ada salah bicara ya.

“Radio tidak akan pernah mati dalam jiwa Linda. Insya-Allah jika ada rezeki lagi, Linda akan keudara lagi di ruang udara lain ya,” tulis Linda di ruangan kapsyen.

Pada majlis makan malam tersebut, ia dihadiri oleh rakan-rakan penyampai seperti Haiza, AG, Muaz dan juga Rea.

Malah, Linda turut memaklumkan tarikh akhir dia keudara adalah pada Rabu, 12 Ogos ini.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersedih dengan pengunduran Linda daripada stesen radio itu.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kehebatan Linda apabila bergelar penyampai radio serta berteka-teki ke mana destinasi Linda selepas ini.

“Antara DJ radio yang berpelajaran bila bersuara,” puji seorang wargamaya.

“Suara yang rajin menemani dikala petang, hari ini mengundur diri pula. Semoga dapat didengari lagi satu hari nanti,” tulis seorang wargamaya.

“Mesti dekat Hot FM ni. Hanya Hot FM je yang Linda belum pernah masuk lagi,” teka seorang wargamaya.

“Kenapa kak Linda berhenti. Selalu buka radio sebab nak dengar kak Linda je.kalau orang lain punya suara terus tukar radio lain atau buka YouTube,” luah seorang wargamaya.

“Akan merindui Linda, peneman saya drive balik kerja. Celoteh Linda penuh dengan pengisian dan awak selalu buat homework dalam isu-isu semasa. Kool FM, tolong teruskan kontrak Linda Onn. Penyampai radio lain majoriti tak berilmu,” komen seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Linda pernah menjadi penyampai di radio Era FM, Sinar FM dan Suria FM sebelum berpindah ke Kool FM.