Laman Utama
#ListenToAided: Jom Throwback...Ini Lima Lagu Bollywood Popular Di Malaysia!
Pengaruh lagu dan filem Bollywood sememangnya memberi impak luar biasa di peringkat antarabangsa, tidak ketinggalan, Malaysia!
Filem-filem Bollywood seperti Mohabbatein, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Maan dan banyak lagi semestinya diminati ramai peminat di negara kita.
Dalam #ListenToAided kali ini, saya mengajak anda menghayati lima lagu yang dari filem Bollywood yang terkenal, tak mungkin anda tak tahu!
Advertisement
Humko Hamise Chura Lo (Mohabbatein)
Banyak lagu-lagu best dalam filem Mohabattein, saya sendiri pun menyukai hampir semua lagu dalam filem ini!
Antara lagu yang terkenal adalah Humko Humise Chura Lo. Lagu ini memaparkan muzik video yang dirakam di kawasan pergunungan dan salji. Siapa saja yang tak tahu lagu ini? Mesti ramai yang masih boleh sing along apabila mendengarnya!
Mohabbatein dilancarkan pada sekitar tahun 2000 dan turut dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Shamita Shetty, Jugal Hansraj, Kim Sharma dan ramai lagi.
Saya masih teringat menonton filem ini di sebuah hotel di Jaipur, India ketika bercuti bersama dua rakan saya, Nik dan Hanafis. The feel was different!
Kabhi Khushi Kabhie Gham (Kabhi Khushi Kabhie Gham)
If this article can speak, it will sing! Begitulah keterujaan saya menyenaraikan lagu-lagu Bollywood ini.
Menggunakan tajuk sama dengan filemnya, Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian asal penyanyi lagenda Lata Mangeshkar ini sungguh merdu dan penghayatan.
Kepada siapa yang pernah menonton filem ini, tentunya memahami gerak geri dan riak wajah watak yang dilakonkan oleh para pelakonnya.
Kabhi Khushi Kabhie Gham dilancarkan sekitar hujung tahun 2001, ia dibintangi nama-nama besar Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Kareena Kapoor, Hrithik Roshan dan Kajol.
Kushiyan Aur Gham (Mann)
Filem ini tidak kurang hebatnya. Banyak juga lagu-lagu yang 'power' ditampilkan dalam Maan, salah satunya Kushiyan Aur Gham.
Lagu ini berkait rapat dengan kisah sedih dalam cerita ini, mungkin ramai penonton tak dapat menahan air mata ketika babak Dev mengetahui teman wanita lamanya kehilangan dua belah kaki selepas lama mendiamkan diri?
Maan yang dilancarkan pada 1999 dibintangi Aamir Khan, Manisha Koirala, Sharmila Tagore dan ramai lagi.
Dil Ne Ye Kaha Hai Dil Se (Dhadkan)
Ini merupakan salah satu lagu Bollywood yang saya suka hingga sekarang! Cara lakonan dalam muzik video serta maksud lirik lagu ini sedikit sebanyak menggambarkan jalan cerita filem ini dimana Anjali meninggalkan kekasih lamanya untuk berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga.
Dhadkan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Akshay Kumar, Shilpa Shetty, Sunil Shetty dan Mahima Chaudary, ia dilancarkan pada sekitar tahun 2000.
Kuch Kuch Hota Hai (Kuch Kuch Hota Hai)
Untuk 80's dan 90's kids, mustahil anda tak tahu lagu dan filem ini! Meskipun dilancarkan pada 1998, namun filem ini masih digilai ramai pencinta Bollywood sehingga kini!
Filem arahan Karan Johar ini meraih kejayaan di India dan negara-negara luar termasuk United Kingdom.
Kuch Kuch Hota Hai menampilkan lakonan kelas pertama Shah Rukh Khan, Kajol, Rani Mukerji dan Salman Khan.
Demikianlah lagu-lagu dari lima filem Bollywood terkenal yang digemari ramai.
Semestinya banyak lagi lagu best dari setiap filem-filem yang disenaraikan, mahupun dari filem-filem lain yang pernah 'menyerang' Malaysia sejak dahulu lagi.
Dari zaman Bobby, Kuch Kuch Hota Hai hinggalah Bajirao Mastani, setiap lagu dan filem Bollywood mempunyai daya tarikan dan peminat yang tersendiri!
Semoga kita bertemu lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan!
#NOTA: Kolum ini ditulis berdasarkan pendapat atau pandangan peribadi penulis. Penulis juga menghormati sekiranya pembaca mempunya pandangan yang berbeza atau bertentangan.
Foto: Hindustan Times (K3G), DNA India (Mohabbatein) & iDiva (Dhadkan)
Must-Watch Video