NOTA: #ListenToAided adalah lebih kepada kupasan dan pandangan peribadi penulis dalam perkara berkaitan muzik tempatan dan antarabangsa.
***
Sesuatu filem terkenal selalunya mempunyai lagu runut bunyi yang melekat kuat dalam ingatan.
Tidak dinafikan, lagu runut bunyi atau OST menguatkan lagi keindahan naskah yang dipersembahkan.
Dalam #ListenToAided minggu ini, saya akan menyenaraikan lima lagu OST yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Asmaradana - Tiara Jacquelina
Lagu Amaradana umpama merasuk peminat hiburan tanah air sejak terlancarnya filem agung Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004.
Lagu sarat elemen seni sentuhan Edry dan Norman KRU ini kedengaran malar segar dan tidak lapuk sehingga kini. Kadang-kadang, saya terfikir siapa lagi yang layak menyanyikan lagu ini selain Puan Sri Tiara?
My Heart - Irwansyah & Acha Septriasa
Filem Heart dari seberang ini menjadi kegilaan remaja pada sekitar 2006. Nama Irwansyah dan Acha Septriasa juga melonjak naik ketika itu. Boleh dikatakan, ramai yang tahu menyanyikan lagu Heart dan ia masih menjadi pilihan di bilik-bilik karaoke sehingga kini.
Tentang Dia - Melly Goeslaw & Evan Sanders
Persembahan Melly dan Evan menyampaikan lagu ini cukup mengagumkan. Runut bunyi filem Tentang Dia yang menjengah pawagam pada tahun 2005 ini, mempunyai susunan muzik dan melodi yang cukup bagus!
Secara peribadi, saya amat meminati lagu ini dan sentiasa menyanyikannya bersama teman baik saya, Eeda Vogue, yes... my BFF!
Selama sedekad, inilah lagu yang menjadi pilihan kami ketika karaoke mahupun dalam kereta ketika menuju ke mana-mana destinasi!
Pergi - Aizat
Lagu runut bunyi filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad ini sememangnya digemari oleh banyak lapisan masyarakat. Alunan iramanya sayu, dan jika ditelitikan liriknya pula, sangat bermakna!
Dengan lagu ini juga, Aizat pernah melakar kecemerlangan apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) suatu ketika dahulu.
Ombak Rindu - Hafiz & Adira
Last but no least! Siapa sahaja yang tak tahu lagu ini? Runut bunyi filem Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira ini cukup mempesonakan. Padanan vokal dan keserasian mereka menyampaikan lagu ini meninggalkan kesan kepada pendengar.
Malah, filem terbitan Astro Shaw pada 2011 ini juga masih menjadi sebutan dan melekat dalam minda penonton sehingga hari ini.
Demikian sahaja lima lagu runut bunyi daripada filem-filem terkenal di Malaysia dan negara seberang. Jumpa lagi minggu hadapan dalam #ListenToAided.
Kredit Foto : imdb.com, YouTube, budiey.com
Asraf Aided
Mon Feb 22 2021
.jpg?ext=.jpg)

Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…
Ustaz ini menganggap ramai mengerjakan umrah kerana trend

KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan