Buat pertama kalinya, ketia kumpulan BIGBANG, G-Dragon telah memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya selepas sembilan bulan.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong telah memuat naik enam foto berbeza menerusi satu posting.

Foto yang dikongsi itu merupakan bait-bait ayat ahli falsafah terkenal German bernama Friedrich Nietzsche.

Selain itu, G-Dragon atau terkenal dengan panggilan GD ini juga turut memuat naik keratan paparan imej bertulis:

“Live for yourself,” “Let the world turn without you,” “It’s not the end of the world without you,” dan “Don’t take yourself seriously”.

A post shared by 권지용 (@xxxibgdrgn) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya beranggapan idola mereka memberi bayangan bakal hadir ke perkahwinan kakaknya, Kwon Dami pada 11 Oktober ini.

Kali terakhir GD memuat naik posting adalah pada Februari lalu sebagai tanda penghormatan kepada mendiang pereka fesyen terkenal dunia, Karl Lagerfeld.

Terdahulu, GD masih lagi menjalani latihan khidmat tentera dan dijangka tamat pada Oktober ini.