“Indah khabar dari rupa,” itulah peribahasa sesuai untuk menggambarkan pengalaman seorang individu membeli Kek Tapak Kuda yang sedang tular ketika ini.

Perkara itu dikongsi menerusi aplikasi TikTok, di mana individu tersebut meluahkan rasa hampa apabila inti kek berharga RM18 yang dibelinya tidak seperti yang disangkakan.

“Konon teringin kek tapak kuda lepas tu beli lah yang Kinder Bueno. Harga bukan main RM18 tapi isi dalam tu memang Kinder Bueno semata-mata. Secalit coklat pun takde,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: Bengang Fasal Kek, Pengantin Perempuan Minta Cerai Sehari Lepas Kahwin

Rentetan itu mendapat perhatian ramai di mana majoritinya terkejut dengan sikap segelintir penjual yang tidak jujur ketika berniaga.

Antara komen yang diterima:

“Weh seriuslah dia jual macam ni!”

“Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga,”

“Luaran cantik sampai dalamnya, Allah!”

Setakat artikel ini ditulis, entri berkenaan meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 50 ribu tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok