Hiburan

“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle

Asyikin Mayudin
03/05/2024
01:55 MYT
Pernah terpalit dengan kontroversi sekitar 2018, pelakon Syafiq Kyle mengakui dalam kehidupan seorang selebriti perlu ada publisiti.

Selebriti Kena Bijak Pilih Kontroversi

Bagaimanapun Syafiq berkata seseorang selebriti itu perlu bijak memilih kontroversi untuk menaikkan nama memandangkan masyarakat juga sudah bijak.
“Kontroversi ini penting, publisiti pun penting tapi kita kena pilih kontroversi apa yang kita nak. Kalau kita terlalu bersih pun, saya rasa benda itu tak mengajar kita.
“Saya rasa penonton, masyarakat dah bijak, dah tahu dah siapa yang serius dan tak serius dalam kerja. Saya tak kata saya terbaik, tapi saya tengah belajar.
“Saya tak kata, saya tak buat salah… saya ada juga terpalit kontroversi. Apa yang penting, bakat itu yang penting,” katanya kepada Gempak.
Syafiq ditemui ketika sidang media filem The Experts yang diadakan di Slate @ The Row, Chow Kit, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Semakin Matang

Dalam pada itu, pelakon filem Sheriff ini juga memberitahu usia dan pengalaman berada dalam industri seni membuatkan dirinya kini semakin matang.
“Mungkin sebab saya dah 32 tahun… saya pilih untuk bekerja dengan orang matang. Tapi perangai kebudak-budakan masih ada. Tapi pekerjaan banyak membantu saya dari segi keputusan.
“Saya pernah rasa down juga untuk kerja saya dan kat situ saya jadikan batu lonjatan untuk saya belajar dan dekat situ juga saya up kan diri saya. Tak ada orang tolong kita,” ujarnya.
Syafiq bakal tampil dalam filem terbaharu iaitu The Experts bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap yang akan ditayangkan pada 23 Mei depan.

BERITA TRENDING: “Alhamdulillah Masih Berkawan, Doa Yang Baik-Baik,” - Syafiq Kyle

BERITA TRENDING: Mimi Lana Lalui Fasa Kesedihan Disebabkan Majlis Kahwin Batal - “Saya Bersyukur Allah Beri Macam-Macam Jenis Perasaan”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

gempak
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?

gempak
12/06/2024
13:55 MYT
Rambut merupakan salah satu elemen paling penting untuk penampilan diri.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.