gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Penyampai ERA Teruja Meriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan Di Pulau Pinang
BERITA
"Buka Pintu, Asap Tebal Dari Bilik Mandi" - Sanggup Bakar Wang Tunai Hampir RM1 Juta Bila Rumah Diserbu SPRM!
HIBURAN
"Ada Yang Nak Sewa Badan Saya Dengan Harga RM1,000" - Anak Dharma Harun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan

Firdaus
Firdaus
03/05/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial.

Terima Aduan Berkaitan Kontroversi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada.
Menurut Fahmi, terdapat sejumlah aduan rasmi yang diterima daripada orang awam membabitkan isu yang melibatkan artis daripada Singapura itu.
"Aduan baru dibuat dalam sehari dua ini oleh sejumlah orang awam (dan aduan) bukan daripada saya (atau) SKMM. SKMM akan ambil tindakan jika ada laporan (rasmi), bukan dengan cara 'tag' Fahmi Fadzil dalam media sosial, itu bukan laporan.
"Jadi kepada sesiapa mahu melaporkan sebarang aduan, ia perlu dibuat secara rasmi, kemudian kita akan teliti secara mendalam dan ambil tindakan berlandaskan undang-undang," katanya.

Jawab Dakwaan Lambat Bertindak

Dalam pada itu, Fahmi turut mengulas lanjut berhubung dakwaan daripada orang ramai yang menyifatkan pihaknya lambat mengambil tindakan berikutan pendedahan yang disifatkan serangan peribadi hingga boleh mencalarkan industri seni tanah air.
“Ada yang mendakwa tindakan lambat diambil dalam kes Aliff Aziz, tetapi perlu diberitahu di sini, aduan mengenai tindakan buka aib baru dibuat, mungkin dalam sehari dua ini oleh sejumlah orang awam. Ia aduan tak boleh datang daripada saya atau MCMC, tetapi daripada orang awam. MCMC akan ambil tindakan jika ada laporan,” jelasnya.
Terdahulu, industri hiburan negara heboh apabila pendedahan skandal Aliff Aziz didedahkan oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih pelakon dan penyanyi itu yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.
Beberapa pihak termasuk rakan artis dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita itu berhenti daripada mengeluarkan kenyataan atau mengambil tindakan yang dianggap boleh mengeruhkan keadaan hingga menjejaskan imej dan kredibiliti industri kreatif negara.

BERITA TRENDING: Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."

BERITA TRENDING: “I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Aliff Aziz
#Ruhainies
#Selebriti
#Artis
#SKMM
#Bella
#Skandal
#hiburan
#Astillah
#Laporan
#Aduan
#Sarah Yasmine
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement