Hollywood

Lucunya! Yahoo Tertukar Anna Kournikova Dengan Anna Kendrick

gempak
Amri Hassan
18/01/2018
04:01 MYT
Sponsor Banner
Lucunya! Yahoo Tertukar Anna Kournikova Dengan Anna Kendrick
Jika semalam Enrique Iglesias dan pasangannya, Anna Kournikova mendedahkan wajah bayi kembar mereka, tidak semena-mena pula nama Anna Kendrick menjadi viral.
Hal itu disebabkan kesalahan penggunaan gambar Anna Kendrick untuk artikel berkaitan Anna Kournikova oleh enjin carian terkenal Yahoo.
Situasi melucukan itu mendapat perhatian bintang filem Pitch Perfect yang berseloroh tentang insiden kekeliruan itu.
"Wahai Yahoo, bilakah masanya saya tidur dengan Enrique Iglesias? Terima kasihlah.
"Saya sedar kekelirian ini mungkin disebabkan dua nama bermula sama, Anna K.
"Tetapi jelas sekali dia tinggi dan blonde manakala saya? Oh! Mungkin mereka fikir sayalah bayi itu," tulisnya di Twitter semalam. Entri Anna mendapat perhatian peminatnya yang merasakan insiden kekeliruan nama dan fotonya dengan pemain tenis Rusia itu sangat melucukan.
Enrique dan Anna semalam telah mendedahkan foto dua bayi kembar mereka Lucy dan Nicholas yang telah dilahirkan pada 16 Disember lalu.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter @annakendrick47
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024