Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Luka Faisal Halim Masih Lagi Basah

Gempak
11/06/2024 07:28 MYT
Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim dilaporkan perlu terus mengharungi rutin rawatan setiaap minggu bagi mencuci lukanya yang masih belum lagi kering sepenuhnya.

Fokus utama

Memetik laporan Harian Metro, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon Johan, fokus utama kini adalah bagi memastikan luka Faisal dapat pulih sepenuhnya sebelum pemain itu memasuki fasa seterusnya membabitkan aspek kecergasan dalam misi untuk kembali beraksi di padang.

"Keutamaan kita buat masa ini adalah supaya lukanya kering sepenuhnya. Selagi lukanya belum kering, dia tidak boleh memulakan aktiviti lasak. Dia ada membuat fisioterapi ringan yang tidak berpeluh sangat supaya ototnya tidak terlalu keras.

Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

"Dia perlu melengkapkan fasa pertama ini dahulu sebelum boleh mula memasuki fasa kedua. Masih ada luka basah ketika saya melawatnya sebelum ini, ada kuning-kuning yang saya tidak pasti, mungkin nanah tetapi yang jelasnya luka itu belum lagi kering," katanya.

Johan berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian antara SFC dengan Johawaki Holdings Sdn Bhd sebagai rakan strategik di Pusat Latihan SFC pada Selasa.

Berita Trending: #THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry

Berita Trending: Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Selain itu, Johan berkata, pemain itu menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan pemain itu tetap bersemangat apabila tidak sabar untuk kembali beraksi.

"Perkembangannya sangat memberangsangkan di mana doktor memaklumkan dia memerlukan tempoh tujuh minggu di hospital tetapi dia sudah keluar dalam tiga ke empat minggu. Sepatutnya dia menjalani sembilan pembedahan tetapi hanya empat.

Berita Trending: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

"Saya rasa ini berkat doa seluruh rakyat Malaysia dan ketika ini, dia hanya fikir untuk kembali ke padang. Semangatnya begitu besar tetapi badannya masih belum bersedia.

"Saya katakan kepada Faisal supaya dapat bersabar, ambil masa untuk sembuh sepenuhnya dan fokus kepada kecergasan sebelum dapat kembali bermain," katanya.

Sumber: Harian Metro
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Luka #Halim #Masih #basah #Mickey #Asid #Faisal
;