BERITA
Luna Maya Semakin Akrab Dengan Faisal Nasimuddin?
Aktres jelita Indonesia kini berteman rapat dengan ahli perniagaan berjaya, Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin.
Namun begitu, Luna menegaskan hubungan mereka berdua tidak lebih dari hanya sebagai seorang kawan biasa.
Memetik laporan Kapanlagi.com, Luna telah meluangkan masa bersama adik kepada Faisal iatu Diana Nasimuddin di Singapura selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.
Difahamkan, Luna dan Diana telah menonton kosert Maroon 5 di Kota Singa itu.
Baru-baru ini, ada pihak yang mendakwa Luna kecewa dan membawa diri ke Mekah ekoran bekas teman lelakinya mengahwini penyanyi Syahrini.
Sumber : kapanlagi.com
Must-Watch Video