Penyanyi duet undangan kumpulan duo Kool, Farawahida menjelaskan dia telah memberikan usaha sehabis baik pada konsert keempat Gegar Vaganza 2019 (GV2019) malam tadi.

Kata Farawahida, dia tidak terkesan dengan kenyataan anggota kumpulan Kool yang tidak meletakkan namanya sebagai prioriti pilihan penyanyi duet pada konsert itu.

"Saya sudah cuba kawal suara saya. Supaya tak nak nampak saya overshadow, saya tak buat adlib bagai sebab nak blend dengan mereka.

"Tapi itulah, keluar kenyataan macam itu. Tapi saya okey saja.

"Walaupun mungkin saya entah ke berapa pilihan mereka, mungkin ya mungkin entah?

"Tapi saya sudah buat yang terbaik dari awal latihan sampai ke live. Maaf," tulis Farawahida di Twitter dan Instastoriesnya.




Pada konsert ketiga menerusi tema Haa Tepuk!, Kool menyanyikan lagu Siapa Dia Sebelum Daku (Royston Sta Maria & Francisca Peter) berduet dengan Farawahida.

Namun, tuah tidak berpihak pada Kool apabila kumpulan itu diumumkan sebagai bintang ketiga tersingkir selepas Ameer Sofazr dan Mazleela.

Kool dalam pada itu berkongsi kekecewaan apabila pilihan untuk berduet dengan Ratu Pop Ziana Zain dan Datuk Khadijah Ibrahim tidak kesampaian.

BACA: GV2019: "Sepatutnya Berduet Dengan Ziana Zain Atau Khadijah Ibrahim Tapi ..." - Kool Kecewa Tersungkur Minggu Keempat!

Juri Datuk Ramli MS pula menyifatkan nyanyian Kool 'berselerak' dan tiada harmoni dalam persembahan mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan persembahan malam tadi, Farawahida yang pernah menyertai GV5 tahun lalu tidak menghampakan peminat dan mendapat pujian ramai.

Optimis dengan situasi yang berlaku kata Farawahida ia bergantung pada rezeki.

"Kool dah buat sehabis baik. Bergantung pada rezeki," katanya.


GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.