Laman Utama
"Maaf Semua, Tak Jadi Nak Bertanding"- Baby Shima Propa?
Penyanyi, Baby Shima mengumumkan dirinya tidak jadi bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik menerusi Instagram pada Selasa.
"Maaf semua tak jadi nak tanding," tulisnya ringkas.
Dalam hantaran yang sama, Shima turut memuat naik videonya bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ.
Shima memberitahu KJ berkenaan hasratnya untuk bertanding dalam PRN dan KJ bertanya kembali adakah perkara ini serius.
Dia seterusnya bertanya kepada KJ kawasan yang mana sesuai untuknya dan KJ menjawab Shima sesuai bertanding di Kelantan.
Shima terkejut dan membuat memek muka yang pelik sebelum vidoe berkenaan berakhir begitu sahaja.
"Alamak! kalau macam tu, maaf YB KJ, Shima tak jadilah nak bertanding," tulisnya lagi.
Kemas kini itu menunjukkan hantaran Instagram sebelum ini hanya bertujuan untuk bergurau dengan netizen.
Pada Isnin, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, memuat naik video berkenaan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRN.
Must-Watch Video