Pelakon Ardell Aryana yang disahkan hamil baru-baru ini mendedahkan bahawa usia kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.

"Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah," kongsinya.

Menerusi entri berkenaan, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.

Assalamualaikum semua #Alhamdulillah active sihat ? 1 hari lagi 4 bulan usia nya?. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil ?? ? Apa jenis alahan awak sepanjang hamil ?? yang awak rasa terseksa sikit ?. Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi☺️ maaf kan umi tak sedar kehadiran awak , tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah ?. Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampi kan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujian nya ??? . Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka ✈️.

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on



Pendedahan Ardell itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya.

Rata-rata mereka gembira dengan perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk melihat Ardell bergelar seorang ibu.

"Ya Allah, empat bulan dah?! Takde alahan sayangku, jangan layan sangat jangan fikir sangat tau pasal alahan-alahan ini. Insya-Allah okay je.

"Tak sabarnya nak tengok baby macam tak percaya kita duk shoot Anakku Diva dulu sekali sekarang awak dah mengandung," komen pelakon Ramona Zamzam.

Terdahulu, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.

BACA: "Dari Bulan Lepas Teman Awak Tidur Dalam Tandas .." - Nadzmi Adhwa Sebak Isteri Hamil Anak Sulung

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.