Laman Utama

“Macam Ada Perkhabaran Gembira”- Hamil Baby Boy? Ramai Nampak Baby Bump Sheryl Shazwanie

gempak
Syafiqah Jalal
18/03/2022
03:56 MYT
Sponsor Banner
“Macam Ada Perkhabaran Gembira”- Hamil Baby Boy? Ramai Nampak Baby Bump Sheryl Shazwanie
Foto terbaharu penyanyi Sheryl Shazwanie bersama suami Azzam Sham mendapat perhatian pengikut laman sosial apabila kelihatan seperti dia sedang hamil.
Foto yang dikongsikan di akaun Instagram Sheryl, 25, itu telah dihujani banyak komen yang mendakwa telah ternampak ‘baby bump’.
Malah ada yang sudah mula teruja kerana yakin Sheryl kini sedang hamil.
“Nampak baby bump,” dakwa salah seorang warga maya.
“Nampak sesuatu disitu, macam ada perkhabaran gembira,” teruja salah seorang netizen.
“Awak pregnant ke baju tu yang besar?,” tanya salah seorang pengikutnya untuk mendapatkan kepastian.
Pun begitu, Sheryl tidak membalas mana-mana komen atau menjelaskan keadaan sebenar dan meninggalkan ia menjadi tanda tanya.
Menerusi hantaran itu Sheryl memakai baju panas yang besar dan pada gambar pertama kelihatan sedikit besar di bahagian perutnya.
Sementara itu, menerusi Insta Story Sheryl pula telah melakukan satu ujian di filter mengenai hamil. Menerusi ujian itu dia mendapat keputusan hamil bayi lelaki.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dalam sebuah masjid di Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live