,
Hiburan

"Macam Best Je" - Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok Ada Apa Dengan Dosa!

Amri Hassan
01/06/2020
16:32 MYT
Walaupun baru sedikit sedutan filem Ada Apa Dengan Dosa ditayangkan di beberapa saluran Astro, ramai yang sudah tidak sabar menonton karya terbabit.
Berkongsi pandangan di media sosial, ramai yang berpendapat filem Ada Apa Dengan Dosa punyai jalan cerita yang menarik dan sesuai ditayangkan ketika tempoh ini.
"Sinopsis Ada Apa Dengan Dosa macam best," tulis @syazaizzatii.
"Ada Apa Dengan Dosa ni macam best je. Previu tadi kat Oasis, menarik plot dia," puji @missyraraa.
"Tak sabar nak tunggu 4 Jun. Baru tengok tayangan perdana je tapi rasa nak tengok filem penuh. Dah tak sabar," tambah @zyfa_gk.
Filem Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha

gempak
12/05/2024
11:55 MYT
Anak kepada penyampai radio, Halim Othman, Myra Natasha menggesa bapanya untuk tampil beri penjelasan mengenai isu penukaran nama di surat kelahirannya.
Laman Utama

Wanna Ali Berduet Dengan Bapa Tiri, Harap Tiada Spekulasi Negatif! - "Ini Lagu Tentang Ibu Saya & Suaminya"

gempak
18/10/2023
13:50 MYT
Wanna Ali lancar lagu Bukan Sekadar Lafaz, duet bersama Aiman Ismail.
Laman Utama

Wanna Ali Tak Jadi Nikah, Tarik Balik Niat Tinggalkan Industri Seni

gempak
15/10/2023
07:48 MYT
Cinta Wanna Ali dan usahawan kacak musnah.
Laman Utama

Bekas Isteri Tegar Jawab Dakwaan Hamil Anak Luar Nikah! - "Kalau Dah Memang Tak Mengaku ..."

gempak
03/01/2023
15:53 MYT
Betul ke anak itu bukan anak Tegar?
Laman Utama

Elak Kes Buang Anak Luar Nikah, Remaja Perlu Diajar Cegah Kehamilan –“Mendidik Mereka Yang Aktif Seksual…”

gempak
04/12/2022
10:38 MYT
Remaja Perlu Diajar Cegah Kehamilan Elak Kes Buang Bayi