Ironi seperti kisah cinta pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, majlis resepsi pengantin baru itu berlangsung meriah semalam bertemakan fairytale.
Ardell kelihatan anggun mengenakan dres cape putih dipadankan pula dengan sut punjabi rona serupa Adhwa.
Manakala, singgahsana mempelai diberikan sentuhan konsep ala-ala ais dengan simbahan neon biru pada latar belakangnya.
Sepertimana tema yang dipilih, majlis resepsi pasangan itu mendapat pujian ramai hingga ada yang mengandaikan ia seolah-olah dunia fantasi Frozen versi Malaysia.
Media sosial pasangan merpati dua sejoli itu juga dihujani komen-komen manis peminat yang mendoakan kebahagiaan dan jodoh yang berpanjangan.
Adhwa dan Ardell mula rapat sejak penggambaran drama Namaku Bedah pada 2015.
Selepas lapan tahun berkawan rapat, pasangan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada 1 September lalu.
Apa kata kita lihat foto-foto dan video menarik sekitar majlis resepsi pasangan Adhwa dan Ardell pada hujung minggu lalu.
KECOH! Bila Doktor Boleh Nampak Hantu Edna! | Singgah Set
Set Dr Pontianak ni kalau korang nak tahu, tak pernahnya serius… Pasti gamat dengan telatah Edna & Dr. Vivy. Cik Bam pun tak boleh nak tahan gelak bila ada dengan diorang ni. Kali ni, Cik Bam bagi diorang jawab kuiz yang tak masuk akal soalan-soalannya. Diorang pun naik bengang!
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan Saksikan #DrPontianak setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan sooka.
#DrPontianak #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama