Laman Utama
Macam Mana Nak Kantoikan Orang Tak Puasa? Ramadan Pertama Edi Ada Kongsi Empat Petunjuk Mudah
Bulan Ramadan ini adalah bulan yang sangat baik.
Bulan yang patut kita perbanyakkan ibadah kita dan melipatgandakan ganjaran pahala.
Tapi biasalah, bulan seperti ini, wujud juga manusia yang imannya senipis kulit bawang.
Kali ini, Vlog Ramadan Keluarga Pak Sobri akan berkongsi empat petunjuk orang yang tak berpuasa di rumah:
1. Kesan perencah mee segera di dapur
2. Bau ikan masin
3. Jumpa bekas serbuk roti atau biskut
4. Jumpa mangkuk
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.
Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
Must-Watch Video