“Macam Ni Lah Influencer” - Lockdown Dah Dekat, Khairulaming Bantu Peniaga Promosi Produk Mengikut Daerah?
Selebriti media sosial, Khairulaming sekali lagi menggunakan pengaruhnya untuk membantu orang ramai.
Jika sebelum ini Khairulaming cuba mengangkat semangat mengambil vaksin, dia kini tampil menyediakan platform berniaga buat pengusaha kecil.
Menerusi posting terbaru Khairulaming di Twitter, orang ramai berpeluang mempromosikan apa jua bisnes mereka mengikut daerah.
“Thread bisnes makanan untuk KL dan Selangor. Feel free to promote bisnes makan dekat setiap daerah yang dibahagikan kat bawah.
“Nanti mudah untuk orang cari kat daerah masing-masing hehe. Ayuh support bisnes kecil,” katanya.
Antara daerah yang terlibat termasuklah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Thread bisnes makanan untuk KL dan Selangor ??. Feel free to promote your food business kat setiap daerah yg dibahagikan kat bawah. Nanti mudah untuk orang cari kat daerah masing-masing hehe. Ayuh support small businesses! pic.twitter.com/kuRMoo7PGe
— Khairulaming (@khairulaming) May 30, 2021
Menerusi pemantauan Gempak, rata-rata peniaga mengambil peluang disediakan untuk mempromosikan produk mereka.
Malah, kebanyakan netizen memuji usaha Khairulaming membantu peniaga memandangkan fasa pertama ‘lockdown’ bakal bermula esok.
Sehingga kini, Khairulaming mempunyai sebanyak 3.2 juta pengikut di Instagram dan 796,500 di Twitter.
BACA: “Mereka Nak Tapi Mungkin Terpengaruh” - Khairulaming Ajak Orang Ramai Banteras ‘Dakyah’ Anti Vaksin, Umur 90 Pun Selamat Cucuk La!