Hiburan
“Macam Tak Mandi” - Jumpa Yuna Di Paris, Penampilan Jennie BLACKPINK Dikritik Netizen
Anggota BLACKPINK, Jennie tampil dalam gaya santai ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama mewah Chanel sehingga dilabel ‘tak mandi’.
Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi kelahiran Malaysia, Yuna memuat naik sekeping foto bersama penyanyi Korea itu untuk tatapan umum.
“One for you guys,” tulis Yuna sebagai keterangan kepada foto tersebut.
Mengenakan persalinan jaket berwarna ungu lilac bersama celana denim, penampilan Jennie merupakan helaian terbaru koleksi Cruise Chanel 2019/2020.❤️one for you guys pic.twitter.com/kZRQ5JuDUt— Yuna Zarai (@yunamusic) October 1, 2019
Selain berkongsi keterujaan dapat bertemu penyanyi popular dunia itu, mata wargamaya lebih tertarik kepada penampilan ‘tak mandi’ Jennie pada pertunjukan fesyen jenama mewah itu.
“Tak benci tapi Jennie nampak biasa di samping Yuna,” komen seorang netizen.
“Jennie nampak macam seseorang yang baru keluar daripada kelab malam dalam keadaan mabuk,” ujar seorang netizen.
“Jennie nampak macam tak mandi pun cantik, kalau aku ni mesti nampak macam homeless,” turut seorang netizen.
“Simplenya style Jennie macam tak mandi tapi tetap lawa dan comel gila!” puji seorang netizen.
“Jennie tahu tak yang dia tengak ambil gambar dengan Yuna? Like helloo senyumlah lebar sikit,” komen seorang netizen lagi.
Yuna pula tampil serba mewah dan menawan dengan jaket labuh berona merah garang lengkap berturban hitam.
Foto Yuna tersebut sehingga kini telah menerima hampir 16,000 ulang kicau dan 40,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video