Pelakon drama bersiri TQ Captain, Hisyam Hamid menerima sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Penghargaan itu diberikan kepada Hisyam yang mendukung peranan Kapten Adam dalam drama tersebut sebagai jasa dan sumbangan memperkenalkan APMM dengan lebih meluas.

Hisyam pada masa sama mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas penghargaan terbabit.

"Ia menjadi satu kebanggaan kepada saya, setiap kali saya menyarung uniform ini, ia menjadi tanggungjawab personal saya untuk menjaga disiplin dan profesionalisme.

"Terima kasih atas peluang yang diberikan," kata Hisyam dalam entri di Instagram bersama fotonya menerima penghargaan itu.

Setinggi-tinggi rasa hormat dan berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia @kementeriandalamnegeri & Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia @malaysia_coastguard atas penghargaan ini • It was a huge honour for me. Whenever i don a set of uniform, it becomes a personal responsibility to be at my utmost best in terms of discipline & professionalism. Thank you for the opportunity ⚓️ • #HUT15 #TQCaptain #MaritimMalaysia #MalaysiaCoastGuard #KementerianDalamNegeri

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on


Errmm, kalau apply dapat tak? ? #HUT15 #TQCaptain #MaritimMalaysia #MalaysiaCoastGuard

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on


Perkongsian Hisyam meraih ucapan tahniah daripada peminat yang mahukan drama itu disambung lagi selepas ini.

"Tuan Adam asyik muncul balik je. Macam mana nak move on?" tulis salah seorang pengguna.

"Mana Mikayla tak datang? Dia buat kerja gila lagi ke pergi shooting penyeludup," seloroh @mahlilmadzin.

"Tak nak buat ke TQ Captain 2?" soal @n.humaira05.

"Lt Kdr (M) Adam Alauddin.. Nampak akan ada TQ Captain 2," sahut @karlnaim_99.

Drama TQ Captain yang disiarkan di slog MegaDrama Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Disember lalu turut dibintangi Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok dan Raf Yaakob.