Pereka fesyen terkenal antarabangsa, Vera Wang kini sudah mencecah usia 71 tahun, namun apa rahsia wanita bergelar nenek ini kelihatan muda dan cantik seperti baru berusia awal 30-an?
Vera Wang atau nama sebenarnya Vera Ellen Wang ini menjadi bualan hangat warganet selepas memuatnaik fotonya di laman sosial ketika Covid-19 melanda Miami, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Agaknya apa rahsia awet muda pereka gaun pengantin popular berketurunan Cina ini kekal sihat dan memiliki kulit yang masih cantik mulus?
1. Cukup tidur
Vera Wang bukan “morning person”, tetapi merupakan orang yang disiplin menetapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Vera tidur sekitar pukul 1 atau 2 pagi setiap hari. Demi untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, Vera akan memastikan suasana tidurnya nyaman dengan suhu bilik yang rendah.
2. Makanan sihat
Vera tak pernah melewatkan waktu makan terutama makan malam (tidak lebih dari pukul 7.30 malam).
Pereka fesyen bertubuh ramping yang memiliki dua orang anak ini juga makan nasi dan minum kopi seperti kita! Salmon panggang, sashimi, ayam, ikan dari Sant Amberous dengan nasi perang, salad, brokoli kukus, yogurt dan lemon antara pilihannya.
Lima kali dalam seminggu Vera akan makan malam di luar dengan memesan menu-menu sihat. Sementara pada hari minggu jika mengundang teman-temannya ke rumah, Vera akan menghidangkan menu masakan Cina.
Jangan tak tahu walaupun menjaga pola pemakanannya, Vera tetap mengambil jajan tapi bukan setiap hari.
Bagaimanapun Vera menjadikan air putih sebagai teman sejatinya!
3. Rutin bersenam dan meditasi setiap pagi
Vera akan meluangkan sedikit waktunya untuk bermeditasi dan bersenam pada waktu pagi secara rutin.
4. ‘Me Time’
Sesibuk mana pun, Vera akan memastikan ‘me time’ untuk membahagiakan dirinya sendiri. Selalunya selepas bersenam dan meditasi beliau akan berendam dan merawat rambut serta kulitnya.
5. Suka Berkeja Tetapi Tidak Gila Kerja
Ketika pergi bekerja, Vera sangat jarang mengenakan pakaian formal. Pereka fesyen yang dilahirkan pada 27 Jun 1949 itu memilih ‘legging’ atau stoking panjang yang kebanyakannya merupakan koleksi keluaran Balenciaga, Givenchy, Danskin atau busana miliknya, Kohl’s.
Vera menikmati rutin pekerjaan, tetapi tidak gila kerja. Vera akan mencuri waktu untuk keluar dari pejabat sekitar pukul 4 petang untuk berbelanja atau sekadar ‘window shopping’ selama beberapa jam.
Sumber: Kompas.com

Dalam sebuah wawancara bersama Harper’s Bazaar 2012 lalu, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya:
1. Cukup tidur
Vera Wang bukan “morning person”, tetapi merupakan orang yang disiplin menetapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Vera tidur sekitar pukul 1 atau 2 pagi setiap hari. Demi untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, Vera akan memastikan suasana tidurnya nyaman dengan suhu bilik yang rendah.
2. Makanan sihat
Vera tak pernah melewatkan waktu makan terutama makan malam (tidak lebih dari pukul 7.30 malam).
Pereka fesyen bertubuh ramping yang memiliki dua orang anak ini juga makan nasi dan minum kopi seperti kita! Salmon panggang, sashimi, ayam, ikan dari Sant Amberous dengan nasi perang, salad, brokoli kukus, yogurt dan lemon antara pilihannya.
Lima kali dalam seminggu Vera akan makan malam di luar dengan memesan menu-menu sihat. Sementara pada hari minggu jika mengundang teman-temannya ke rumah, Vera akan menghidangkan menu masakan Cina.
Jangan tak tahu walaupun menjaga pola pemakanannya, Vera tetap mengambil jajan tapi bukan setiap hari.
“Ada hari saya makan sepotong piza setiap hari, tetapi tidak bertambah berat badan. Piza tidak buruk kalau kita buang minyak berlebihannya, malah ia sangat mengenyangkan!,” katanya.