Laman Utama
"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf
Bintang siri televisyen Projek High Council, Amir Ahnaf menjadi topik sohor kini di Twitter gara-gara podcast Studio Sembang bersama jelitawan Amelia Henderson.
Antara topik yang menarik perhatian warganet adalah kesusahan Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dedah Amir, ketika tempoh itu dia berdepan dengan krisis kewangan hingga memaksanya mencatu makanan setiap hari.
"Saya habiskan PKP seorang diri. Saya rasa saya lalui sahaja, memang mungkin takdir hidup begitu. Supaya bila saya sudah dewasa nanti saya faham.
"Saya masih mencari apa yang sepatutnya saya faham, tak tahu lagi. Mungkin lagi lima tahun baru saya faham kenapa hidup saya sedemikian.
"Ketika itu, duit tak ada, makan maggi tiada hal. Maggi itu saya patahkan dua, satu breakfast dan satu dinner. Itulah kehidupan Amir Ahnaf dulu ya, saya bangga dengan diri saya yang dulu," dedahnya dalam podcast terbabit.
Must-Watch Video