The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anak dan seorang rakan rapatnya, Magie Abang Saufi akan memasuki episod kelapan malam esok.

Seperti dalam episod-episod sebelum ini, anda telah menyaksikan beberapa penampilan istimewa seperti Datuk Seri Shah Rezza, Datuk Tom Abang Saufi, Sharifah Haslinda dan beberapa rakan rapat Ezurin yang dikenali ramai.

Episod lapan pula akan menyaksikan kemunculan aktres jelita Datin Seri Maria Farida dan seorang lagi rakan rapat Ezurin, Danielle Graham.

Ezurin akan keluar ke kota untuk meluangkan masa berbual bersama rakan-rakannya itu, apakah yang bakal dibualkan ketika sesi girls night out itu?

Adakah Ezurin akan menceritakan tentang perkembangan terbaru hidupnya termasuk mengenali dua lelaki seperti yang dipaparkan dalam episod minggu lalu?

Sama-sama kita nantikan jawapannya!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.