Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mahu Beri Ruang, Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai - “Kalau Dia Sendiri Nak Hubungi Saya & Bercerita…”

Asyikin Mayudin
04/11/2024 07:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tidak tahu mengenai keputusan aktres Diana Danielle mahu bercerai biarpun sehari sebelum pengumuman itu mereka ada bekerjasama pada minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4.

Latihan & persembahan

Mengakui terkejut dengan berita tersebut, Puteri Sarah berkata Diana hadir pada minggu itu hanya untuk sesi latihan dan persembahan sahaja.

“Saya memang tak tahu apa-apa… kita datang sini, buat latihan dan persembahan sahaja. Saya sendiri pun terkejut,” kata Sarah kepada Gempak.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui selepas selesai MLS4 minggu ketujuh yang diadakan di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Beri ruang

Dalam pada itu, Sarah memaklumkan dia belum menghubungi Diana kerana mahu memberi ruang kepada aktres tersebut buat masa kini.

“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak menganggu dia (Diana). Kalau dia rasa, dia sendiri yang nak hubungi saya dan bercerita, dia akan hubungi saya.

“Saya akan memberi ruang kepada dia,” ujarnya lagi.

Sehari selepas menjadi artis jemputan kumpualn Gebu pada minggu keenam MLS4, Diana mengejutkan peminat dengan memuat naik kenyataan dia ingin memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil.

Pada Isnin, Diana selesai memfailkan perceraian dan pendaftaran rujuk terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Diana Danielle Berlalu Pergi Tanpa Penjelasan, Anggap Peguam Sudah Beri Jawapan Relevan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Wajah Ceria, Diana Danielle Nampak Lebih Dingin Selepas Selesai Proses Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Bakar Surat, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Zalim Jika Pilih Untuk ‘Drag’ Proses Cerai - “Tindakan Dia Sangat Kejam”

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

#Diana Danielle #Farid Kamil #Puteri Sarah #Diana cerai #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Gebu
;