Apa saja perkongsian anak perempuan kepada aktor Azhar Sulaiman iaitu pempengaruh Kasih Iris Leona di laman sosial pasti menarik perhatian netizen.

Terbaharu Leona menerusi TikTok miliknya memuat naik beberapa foto dia memakai ‘dress’ seksi warna merah jambu dan meletakkan borang permohonan teman lelaki.

Menerusi perkongsian tersebut, Leona turut meletakkan kapsyen seakan-akan mengatakan dirinya sememangnya serius untuk mencari kekasih hati.

“I’m serious by the way,” tulisnya secara ringkas.

Borang permohonan teman lelaki yang disediakan itu perlu menyenaraikan biodata, top 5 lagu, 5 fakta mengenai diri, selain beberapa soalan dan senarai laman sosial.

Rata-rata netizen terutama meninggalkan komen mahu mencuba nasib dengan mengisi borang tersebut.

“Macam mana nak isi ya… mana nak dapat borangnya?

“Saya trader boleh try ke? Gaji tak menentu. Kalau ada ong dia bagi sebaris tegak, setakat ratus-ratus sehari itu pejam mata saja.

“Nak apply tapi tak good looking boleh ke?” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun Leona menerusi ruang komen menjelaskan borang yang disediakan itu bukan dibuat sendiri sebaliknya dia hanya jumpa di TikTok.

“Saya tidak buat borang ini. Omg, saya hanya jumpa di TikTok,” jelas Leona.

Terdahulu, Leona sentiasa menjadi perhatian di laman sosial disebabkan penampilannya yang seksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Buat Konten Menari Dengan Pakaian Seksi, Azhar Sulaiman Nasihat Leona; “Jangan Jadi Bahan Cemuhan Orang, Be Smart!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Hanya Di Media Sosial, Azhar Sulaiman Akui Tegur Leona Di Rumah - “Takkanlah Saya Nak Marah Leona Jerit Semua Macam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman Naik Hantu Netizen Nak Pinjam Leona Satu Malam - “Dia & Isteri Akan Jadi Famous For The Wrong Reason”

ARTIKEL BERKAITAN: Panggil Anak Sendiri ‘Bodoh’, Azhar Sulaiman Dikecam Netizen - “Dia Ni Takda WhatsApp ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ‘Dada’ Saya Kecil, Saya Yakin Saya Pakai Apa Pun Semua Tak Akan Peduli” - Leona