Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahu Cuba Benda Baru, Kugiran Masdo Akan Rebut Setiap Peluang Yang Datang - “Kami Gemar…"

Ainun
29/09/2024 08:55 MYT
Pemain gitar kumpulan Kugiran Masdo, Asmawi memberitahu dia gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dalam dunia industri ini.

Menurut Asmawi, antara perkara baharu yang Kugiran Masdo lakukan adalah menyertai pertunjukkan fesyen.

“Saya sebenarnya lebih suka melakukan perkara baru. Dalam kumpulan Masdo, kami juga gemar mencuba sesuatu yang berbeza, seperti menyertai pertunjukan fesyen”, katanya kepada Gempak.


Kumpulan Masdo berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Battle Of The Time: EXISTS X MASDO baru-baru ini.

Dalam pada itu, gitaris tersebut menganggap tawaran yang diterima mereka merupakan satu rezeki dan peluang.

“Apa sahaja rezeki yang datang, kami berusaha untuk mengambilnya kerana kami percaya jika kami tidak merebut peluang itu, ia mungkin akan berlalu pergi begitu sahaja.


“Maksudnya, apa sahaja peluang yang datang, kami akan cuba lakukan dengan sehabis baik… mana tahu, mungkin kami dapat menggantikan Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi) suatu hari nanti.

“Bagi saya, Pak Nil adalah nombor satu dalam dunia pengacaraan”, jelasnya.

BERITA TRENDING: Akui Isu Duit Antara Punca Masalah Utama Band Muzik, Kugiran Masdo Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Ketelusan Amat Penting Kerana…”

BERITA TRENDING: Hampir 10 Tahun Dalam Industri, Kugiran Masdo Kongsi Cabaran Sepanjang Bergelar Anak Seni - “Kena Tipu...Orang Tak Percaya Karya...”

BERITA TRENDING: Masdo, Gerhana Ska Cinta Ajak 'Berkencan' Malam Minggu Ini Di Panggung Odeon!

BERITA TRENDING: Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan


Sekadar info, kumpulan Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar) telah mendedahkan beberapa cabaran yang perlu mereka hadapi untuk kekal relevan di dalam dunia industri muzik ini.

Terdahulu, kemunculan pertama Kugiran Masdo bermula dengan lagu berjudul Bunga pada tahun 2016, yang berjaya mencuri hati peminat dan kini kejayaan mereka turut mendapat perhatian ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

#Haji #Datuk #Aznil #Paknil #Kugiran Masdo #Masdo #Rezeki #baru #Peluang #Benda #cuba #Nawawi
;