HIBURAN
Mahu Jaga Nama Baik Keluarga, Ezlisa Loy Enggan Panjangkan Isu Busana Perkahwinan - "Setiap Hari Saya Berdoa Agar…"
Pelakon, Ezlisa Loy enggan memanjangkan isu mengenai busana yang dikatakan mirip milik cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir iaitu Ally Mukhriz.
Jelasnya, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana mahu menjaga nama baik keluarganya serta mentua.
"Isu dia tak besar tapi cuma apa yang saya nak ketengahkan someone hard work, orang yang buatkan baju saya dan saya hanya nak gembira pada hari bahagia saya.
"Saya takut nak bagi statement sebab ia boleh jadi positif atau negarif sebab saya baru berkahwin jadi saya nak jaga nama baik keluarga kedua belah pihak.
"Saya harap semuanya okay," katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Thariq Ridzuwan: His Treasure itu akui terkejut apabila busana perkahwinannya itu menjadi isu di media sosial.
Menurut Ezlisa, dia berdoa setiap hari agar tiada sebarang perkara negatif yang dikaitkan dengan perkahwinannya.
"Saya terkejut sebab bila dah kahwin saya risau bila orang cakap buruk pasal perkahwinan saya. Setiap hari saya doa tiada sebarang benda negatif pasal perkahwinan saya. Kalau boleh tak nak apa-apa pergaduhan.
"Saya plan semua saya amik dari pinterest untuk baju saya, baju suami kalau saya amik saya akan bagi credit. Kain saya amik dari Rizman Ruzaini," jelasnya.
Untuk rekod, Ezlisa Loy mengenakan busana songket biru muda rekaan Samm Republic ketika majlis persandingannya, namun beberapa netizen mendakwa busana tersebut menyerupai rekaan yang pernah digayakan oleh Ally Mukhriz lima tahun lalu, hasil rekaan Fiziwoo.
Sementara itu, Ezlisa dalam kenyataannya memaklumkan bahawa inspirasi busananya sebenarnya datang daripada pereka antarabangsa dari Filipina, Michael Cinco.
Must-Watch Video