,
Laman Utama

Mahu Nabil, Radin, Pak Azad Mengacara Secara Percuma Di Majlis Anda, Ernie Zakri Pun Nak Menyanyi Free, Ini Caranya!

Azwa Rahman
26/07/2022
09:26 MYT
Kalau nak meraikan apa-apa acara, pengacara majlis atau pun hos memainkan peranan penting untuk memastikan kelancaran perjalanan aturcara.
Nak mencari pengacara berpengalaman atau yang dari kalangan selebriti juga, memakan ribuan ringgit.
Cara paling senang anda nak dapatkan pengacara popular, malah bukan seorang tetapi tiga orang, anda hanya perlu menang peraduan Hos 3 Kepala!
(Embed)
Penyertaan dibuka untuk mana-mana individu yang mahu kan announcer 3 Pagi ERA menjadi hos untuk apa sahaja majlis termasuklah perhimpunan sekolah, majlis bersara, majlis kahwin dan sebagainya.
Tambah istimewa apabila penyanyi popular Ernie Zakri turut menyatakan hasrat untuk menyertai Hos 3 Kepala dengan menyanyi secara percuma di majlis yang dipilih.
Dah tahu cara penyertaan, jangan lupa maklumkan mengapa majlis anda unik sehingga memerlukan tiga penyampai radio popular Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azab untuk memeriahkan majlis anda.
Jangan risau, bayaran adalah PERCUMA! Anda cuma perlu sediakan tempat sahaja untuk tiga orangpenyampai radio ini menjadi hos di majlis anda.
Apa tunggu lagi, hantarkan penyertaan anda di laman web ini. (Hyperlink: https://era.syok.my/khas/hos-3-kepala-era
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.