Drama Gempak The Series, The Maid 2 bakal memasuki episod ke-6 hari ini, namun sehingga kini suspek pembunuhan Mr Jay masih belum dikenalpasti.

Namun dari episod minggu lalu, ketiga-tiga bekas madu Suhana, Fika dan Nadia serta pembantu rumah mereka Kak Mel masih suspek Kiambang sebagai pembunuh Mr Jay.

Kak Mel dan Fika intip pergerakan Kiambang. Mereka masuk kelas MMA (Mixed Martial Arts) yang diajar oleh Kiambang.

Fika syak Kiambang yang cekik leher Jay sampai mati selepas mendapat tahu rupanya Kiambang juara MMA dan dapat rasakan cekikannya yang kuat.

Sementara itu, Sa’abon ajak Nadia jumpa di biliknya untuk beritahu sesuatu mengenai Qina. Bagaimanapun, belum sempat Sa’abon beritahu apa yang mahu disampaikan, seseuatu berlaku kepadanya.

Apa yang berlaku kepada Sa’bon? Adakah rahsia yang ingin disampaikan diterima Nadia? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan malam ini.

The Maid 2 ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Musim kedua drama ini menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Dalam The Maid terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Mr Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.

Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.