Mutfi Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencuri perhatian wargamaya apabila memberikan jawapan paling win kepada soalan seorang peminat sukan bola sepak.

Menerusi laman sosial Twitter, Dr. Zul yang sebelum ini sering menjawab pertanyaan hal ehwal keagamaan daripada netizen telah berseloroh tentang kelab bola sepak terkenal Inggeris, Arsenal.

“Salam Mufti, apa nasihat untuk Arsenal?” tanya seorang netizen yang menggunakan nama Twitter @afaizrosli.“Mainlah seperti Liverpool,” jawab Dr. Zul selamba.

Mendapat hampir 250 komen daripada balasan kicauan tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan tersebut.

Ramai juga yang tidak menyangka Dr. Zul boleh berjenaka biarpun wajahnya yang serius.

Kicauan Dr. Zul itu sehingga kini telah mendapat hampir 14,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Memetik laporan Says, Dr. Zul sememangnya dikenali sebagai peminat kelab bola sepak Liverpool.

Beliau pernah menulis tiga artikel tentang Liverpool yang dimuatkan di dalam slot Qalam Mufti di portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.