Gaya Hidup

Majlis Pembukaan Armani/KL, Gabungan Koleksi Giorgio Armani Dan Emporio Armani Di Bawah Satu Bumbung!

gempak
Asraf Aided
05/10/2018
13:55 MYT
Sponsor Banner
Majlis Pembukaan Armani/KL, Gabungan Koleksi Giorgio Armani Dan Emporio Armani Di Bawah Satu Bumbung!
Majlis pembukaan semula butik jenama popular antarabangsa Giorgio Armani telah berlangsung dengan meriah di Butik Giorgio Armani, Pavilion Bukit Bintang pada malam tadi.
Sedikit kelainan ditampilkan apabila jenama ini memperkenalkan nama terbaru untuk butik mereka iatu 'Armani/KL' dimana koleksi dari Giorgio Armani dan Emporio Armani digabungkan dalam satu butik.
Acara tersebut dihadiri oleh pelakon dan penyanyi terkenal dari Hong Kong iaitu Fala Fen.
Selain itu, turut kelihatan selebriti dan sosialit tempatan seperti Marion Caunter, Joe Flizzow, Soong Ai Ling, Kavita Sidhu, Debbie Goh, Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Koleksi 'Fall/Winter 2018' dari Giorgio Armani dan Emporio Armani telah dipersembahkan dalam pertunjukkan fesyen yang diadakan di pertengahan acara terbabit.
Butik ini diubah suai sepenuhnya oleh pihak Giorgio Armani dengan kerjasama beberapa arkitek bertauliah.
Reka bentuk terbaru butik ini menampilkan elemen moden dan mewah nyata memberi keselesaan kepada pelanggan yang bercitarasa tinggi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024