Majlis resepsi bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal dan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie meriah dengan dihadiri lebih 1,000 tetamu yang diadakan di Magica Subang Hall, Shah Alam pada malam Sabtu.

Pada malam yang penuh bermakna, pengantin perempuan dan pasangannya mengenakan persalinan berona biru muda yang ditaja oleh Jakel.

Terima Banyak Tajaan

Mendapat banyak tajaan, ibu Syasya iaitu Farah Farina Abd Razak berkata majlis resepsi terpaksa diadakan dua sesi iaitu siang dan malam disebabkan tidak dapat dewan yang besar untuk tetamu yang ramai.


BERITA TRENDING:Rozie Othman Kecewa Syasya Keluar Dolla! - "Nama You Tengah Naik & You Buat Keputusan Berkahwin"

“Persiapan untuk hari ini, sebenarnya kita ada dua sesi. Pada siang hari, untuk peminat, keluarga dan rakan-rakan lain. Malam untuk yang lain pula sebab kita tak dapat nak cari dewan yang besar.

“Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu,” katanya kepada Gempak.

"Habib tajaan RM5 juta untuk barang kemas yang dipakai...

Dalam pada itu, Farah Farina atau mesra disapa sebagai Riena mendedahkan anaknya turut menggayakan barang kemas dan aksesori yang ditaja oleh Habib iaitu sejumlah RM5 juta.

“Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib tajaan RM5 juta untuk barang kemas yang dipakai malam ini. Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada menaja dan banyak lagi,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: Sebulan Dirikan Rumah Tangga, Syasya Rizal Muncul Dalam Sebuah Video Temu Bual Bersama Suami


Sementara itu, Riena turut berkongsi mengenai peribadi menantunya yang disifatkan seorang anak yang baik dan pandai mengambil hati Syasya.

“Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga. Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla),” ujarnya.

BERITA TRENDING: Perancangan Untuk Ada Konsert Pertama Masa Syasya Masih Ahli Dolla - “Perasaan Kami ‘Bittersweet’ & Sudah Tentu Masih…”

Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.

BERITA TRENDING: Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"

Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.

Ia susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.