Laman Utama
Majlis Tahlil & Doa Selamat Arwah Sandra Berjalan Lancar Mengikut SOP, Keluarga Ucap Terima Kasih
Majlis tahlil dan doa selamat Allahyarhamah Sandra Dianne berjalan dengan lancar dengan kehadiran hampir 250 orang.
Berlangsung di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, majlis anjuran Astro ini bermula dengan solat maghrib secara berjemaah dan diikuti bacaan Yassin dan tahlil. Majlis bersurai sekitar jam 9 malam selepas solat Isyak berjemaah.
Menurut Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal, ibu Sandra berterima kasih kepada pihak Astro kerana mengadakan majlis tahlil dan doa selamat buat arwah anaknya.
Advertisement
“ Mereka sekeluarga masih berada di Sabah dan esok baru mereka pulang ke Sungai Buloh, rumah keluarga arwah Sandra.
“Ibu arwah Sandra juga menitipkan pesanan dengan ucapan terima kasih dan mereka sangat terharu dengan tahlil dan doa selamat yang kami buat,” kata Ema kepada Gempak.
Tambah Ema, dia lega apabila majlis yang diadakan berjalan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar mengikut SOP. Kalau ikutkan pihak produksi dah buat tahlil secara tertutup pada hari Jumaat minggu lepas. Jadi bila kita buat konsert tribute pastinya ramai orang yang kecam.
“Tapi, orang tak tahu apa sebenarnya perancangan kita. Dan pastinya benda yang baik tu kurang dapat perhatian,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Ria X
Must-Watch Video