Pelawak Achey akui terpaksa mengecilkan ruang parkir rumah barunya demi menyediakan ruang khas buat ibu bapanya yang semakin uzur.

Menurut Achey, ruang tamu khas untuk mereka itu dibuat supaya mereka tidak perlu turun naik tangga dan boleh berehat di tingkat paling bawah.

BACA: "Walaupun Terpaksa Menunggu 10 Tahun..." - Achey Beli Rumah Tiga Tingkat

“Parking yang dulu boleh muat empat biji kereta diubah menjadi dua biji.

“Sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah, Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya itu…buatkan satu tandas kecil untuk mereka juga… settle!” katanya.

Achey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto renovasi rumahnya itu.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Achey yang mengutamakan ibu bapanya dalam apa jua sekali pun.

Terdahulu, Achey mendedahkan dia baru sahaja berjaya membeli sebuah rumah tiga tingkat hasil 10 tahun mengumpul harta dan wang.

Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.

Parking yang dulu boleh muat 4biji kereta di ubah menjadi 2biji .. sbb mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah ..mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya ituu.. buatkan satu toilet kecil untuk diorang jugak.. setle.. #10tahunimpian .. Kontraktor : +60 19-266 6634 Deco: @mxn.idea

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on