Hiburan

"Makan Penampar Mulut Tu Pecah Nanti " - Ali Puteh Bengang Netizen Mengata Anak Lelaki, Pengikut Kesal Baby Jadi Mangsa

gempak
Zulaikha Yusof
26/11/2020
03:40 MYT
Sponsor Banner
"Makan Penampar Mulut Tu Pecah Nanti " - Ali Puteh Bengang Netizen Mengata Anak Lelaki, Pengikut Kesal Baby Jadi Mangsa
Pelawak Ali Puteh berang selepas ada segelintir pengikut Instagram (IG)nya meninggalkan komen kesat pada foto anak lelakinya, Syed Umar Iskandar yang baru berusia dua bulan.
Ali atau nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memuat naik foto bersama dengan disertakan kapsyen 'My king'.
Sengaja mengundang pergaduhan, terdapat beberapa orang netizen meninggalkan komen berbaur perlian.
Komen itu telah mencetus kemarahan Ali sekali gus memberikan peringatan untuk tidak mengaitkan anaknya.
Walaubagaimanapun, ada juga yang bersikap prihatin meluahkan rasa kesal terhadap individu tidak sensitif itu kerana melibatkan anak kecil yang tidak bersalah.
Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Selain Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2016 ini dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live