Laman Utama

“Makcik Takkanlah Saya…” - Sakinah Sekolahkan Netizen Dakwa Dirinya Menipu Ada Penyakit ADHD?

gempak
Izwan Isa
05/02/2022
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Makcik Takkanlah Saya…” - Sakinah Sekolahkan Netizen Dakwa Dirinya Menipu Ada Penyakit ADHD?
Dituduh ‘main wayang’ dan melabel dirinya berlakon mempunyai masalah mental, pelakon Sharifah Sakinah memberi jawapan balas kepada seorang netizen.
Hal tersebut dibuat menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Sakinah menerusi platform TikTok.
Menerusi balasannya, Sakinah menjelaskan yang dia tidak perlu untuk mendedahkan laporan kesihatannya di sosial media kerana ia sudah tentu akan membuatkannya dilabel sebagai seorang individu yang inginkan perhatian.
@sharifah_sakinah Reply to @myoapple7 ♬ original sound - Sakinah
“Makcik. Takkanlah saya nak hantar laporan sakit saya dekat TikTok, makcik? Kalau saya hantar dekat TikTok, itu baru nak perhatian, makcik,” katanya.
Dalam komen itu, seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya juga menghidap kemurungan meminta pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu untuk berkongsi laporan perubatannya.
“Wayang semata-mata. Minta dia ‘review’ laporan perubatan. Setiap yang sakit psy (psikologi) ada laporan perubatan.
“Macam saya kemurungan dan anxiety, ada laporan perubatan yang disahkan pakar,” tulis individu itu.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memberi sokongan terhadap Sakinah melabelkan pengguna tersebut sebagai Mak Cik Bawang.
“Mak Cik Bawang sana sini,” tulis seorang netizen.
“Kadang-kadang, orang ramai lupa untuk menguruskan hal masing-masing,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Terdahulu, media tempatan melaporkan mengenai perkongsian Sakinah mengenai penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif yang dialaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024