BERITA
“Maksud Saya Dah Ready Nak Kahwin Tu Bukan Dengan Dia…”- Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani akui kenyataannya mengenai bersedia untuk berkahwin di usia muda itu dilakukan secara umum.
Ismail, 19, memberitahu HLive, kenyataan itu bukan bermaksud dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan penyanyi Shalma Eliana iaitu gadis yang dikatakan sedang bercinta dengannya.
“Sebenarnya, bila saya kata sudah bersedia untuk berkahwin tu bukan berkahwin dengan dia (Eliana).
“Maksud saya jika ada rezeki dan semuanya sudah berada dalam keadaan yang baik seperti dirancang saya tidak kisah untuk berkahwin dalam masa terdekat,” katanya.
Mengulas mengenai hubungannya dengan Eliana yang merupakan adik kepada pengacara Shalma Aina itu, Ismail memberitahu mereka kini rapat.
“Kami mempunyai minat yang sama iaitu menyanyi dan banyak berborak mengenai perkara yang sama.
“Dia sangat supportive dan saya selesa berkawan dengannya dan itu yang membuatkan kami rapat.
“Tetapi kini kami beri tumpuan kepada kerjaya dahulu dan soal kahwin itu kemudian,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video