Pihak pengurusan Father's Organic Farm mengucapkan takziah kepada waris mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook, Father's Organic Farm melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

“Dengan hati yang amat berat, kami dengan ikhlas menghulur salam takziah kepada manga dan keluarga yang terkesan dari tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember.

“Malang ternyata tidak berbau. Hati kami sentiasa bersama kamu. Moga yang telah pergi sentiasa diberkati dengan keamanan. Doakan kepada mereka yang selamat supaya kekal tabah hadapi cabaran ini.

“Kami juga menghulurkan rasa terima kasih kepada pihak yang berkenaan dalam usaha menyelamat.

“Kami dengan rendah hati tunduk kepada semua yang terkesan daripada tragedi ini,” tulis kenyataan berkenaan.


Dalam tragedi pada jam 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Jalan Genting - Batang Kali.

Setakat semalam, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.