Laman Utama

“Malaysia Depa Terima Dak?” – Phuket Dibuka 1 Julai, Terima Pelancong Dari Negara Berisiko Rendah & Sudah Divaksin

gempak
Fiza Kamarudin
14/06/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
“Malaysia Depa Terima Dak?” – Phuket Dibuka 1 Julai, Terima Pelancong Dari Negara Berisiko Rendah & Sudah Divaksin
Sebaik sahaja Thailand mengumumkan akan membuka Phuket kepada pelancong dari negara berisiko rendah dah sudah divaksin bermula 1 Julai, ‘kaki kembara’ dari Malaysia juga turut teruja dengan berita tersebut.
Menerusi komen di media sosial, ada di kalangan warganet yang meninggalkan komen berharap agar pusat peranginan popular tersebut menerima pelancong dari Malaysia.
“Malaysia depa terima dak....buleh booking cuti siap-siap,” antara komen ditulis warganet.
Terdahulu media melaporkan, keputusan Thailand untuk membuka Phuket selepas mengambil kira beberapa faktor.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata wabak di Bangkok 'terkawal' manakala 70 peratus penduduk tempatan di Phuket, terutama yang terbabit dalam sektor pelancongan sudah menerima vaksin masing-masing.
Prayuth menerusi Facebooknya berkata lima jenis perniagaan di Bangkok dan tempat-tempat seperti muzium, taman awam, klinik dan salun kecantikan dan pusat urut (hanya untuk urutan kaki) akan dibuka semula.
Namun, menurutnya tempat-tempat berkenaan akan ditutup semula jika didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Tambah Prayuth, di bawah program "Phuket Sandbox" pelancong asing yang telah divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, tetapi perlu berada di pulau itu selama 14 hari sebelum melakukan perjalanan ke wilayah lain.
"Phuket Sandbox" berfungsi sebagai model untuk destinasi pelancongan di wilayah lain termasuk Chiang Mai, Chon Buri (Pattaya), Krabi, Phang Nga dan Surat Thani (Koh Samui) yang dijangka dibuka bermula Oktober.
Bagaimanapun, pelan itu perlu mendapat kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan kabinet terlebih dahulu yang masing-masing akan bermesyuarat pada 18 dan 22 Jun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024