,
Berita

Malaysia Duduki Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Di Dunia

Asraf Aided
19/09/2019
05:32 MYT
Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu, Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi dunia, lapor AWANI.
Berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia mencatat bacaan IPU 266.
Ia merupakan bacaan tertinggi di dunia, diikuti Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan China (178).
Negara jiran seperti Singapura mencatat bacaan IPU 102, sementara Thailand pula 147.
Namun, bacaan IPU mengikut negeri semakin reda hari ini setakat jam 6 pagi memandangkan tiada satu lokasi yang mencatatkan bacaan IPU melepasi tahap berbahaya.
Secara keseluruhan, enam kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau di Pulau Pinang.
Sementara itu, 41 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat, kebanyakannya di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Sabah.
Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula hari ini akibat situasi jerebu yang semakin memburuk.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Udara Segar Pun Kena Beli? Rupanya Produk Ini Dah Lama Dijual Di...

gempak
27/09/2019
09:37 MYT
Gaya Hidup

Fenomena Langit Merah Bukan Berpunca Daripada Suhu Tapi...

gempak
25/09/2019
11:20 MYT
Berita

Darurat Jerebu, Pelajar Malaysia Akan Dibawa Pulang

gempak
24/09/2019
09:19 MYT
Hiburan

Malapetaka 4 Tahun Lalu Kini Berulang, NASA Kongsi Gambar Jerebu Dari Angkasa

gempak
20/09/2019
10:41 MYT
Gaya Hidup

Jerebu Jadi Bahan Lawak, Mas Idayu & Kugiran Masdo Antara Mangsa!

gempak
20/09/2019
08:44 MYT
Unitar