Laman Utama

Malaysia Lubuk Sugar Daddy? Adakah Kemiskinan Punca Mengapa Wanita-Wanita Ini….

gempak
Hanafis Haris
10/02/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Lubuk Sugar Daddy? Adakah Kemiskinan Punca Mengapa Wanita-Wanita Ini….
Mengejutkan apabila Malaysia menjadi antara negara tertinggi yang mempunyai golongan 'sugar daddy’.
Perkara itu didedahkan menerusi data yang dikumpulkan laman ‘Sugar Dating’ terbesar dunia iaitu SeekingArrangement.

Menerusi laporan itu, negara Asia yang mencatatkan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap trend itu.

Malah, Malaysia dikatakan mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya berjumlah RM39 bilion pada 2018

Susulan itu, jurang antara golongan kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad telah mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

Platform seperti SeekingArrangment menjadi ‘jambatan’ menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya.

Difahamkan, India mendominasi 10 senarai Asia teratas dengan 338,000 ‘sugar daddy’ diikuti Indonesia sebanyak 60,250.

Malaysia mempunyai 42,500 diikuti Jepun (32,500), Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000).

Sumber : SeekingArrangement

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024