Sekilas
- Enam finalis Malaysian Host Wanted Musim Kedua berjaya ke peringkat akhir dengan membawa idea rancangan TV yang unik dan kreatif.
- Penonton akan menyaksikan perjalanan mereka dari perancangan hingga penghasilan pilot episod dalam episod kedua hingga ketujuh.
- Program ini disiarkan setiap Isnin jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO, dengan undian online untuk pilih juara yang bakal membawa pulang RM30,000.
Enam peserta berjaya melangkah ke peringkat akhir Malaysian Host Wanted Musim Kedua selepas mencuri perhatian barisan juri menerusi idea rancangan televisyen yang dibentangkan dalam episod pertama, disiarkan pada malam Isnin lalu.
Mereka ialah Ili Ruzanna, Haili Habibti, Shasha Nadira, Bella Zahir, Uyaina Arshad dan Baihaqi. Cabaran mereka bukan sekadar tampil di hadapan kamera.
Keenam-enam finalis perlu membawa idea masing-masing dari peringkat perancangan sehingga direalisasikan dalam bentuk sebuah pilot episod.
Idea yang dibentangkan bukan sahaja mencerminkan keunikan personaliti setiap peserta, malah turut memperlihatkan kreativiti, perspektif serta kemampuan mereka dalam menghasilkan kandungan yang relevan dengan citarasa penonton masa kini.
Namun, cabaran mereka bukan sekadar tampil di hadapan kamera. Keenam-enam finalis perlu membawa idea masing-masing dari peringkat perancangan sehingga direalisasikan dalam bentuk sebuah pilot episod.
Bermula episod kedua hingga ketujuh, penonton akan dibawa menyaksikan perjalanan setiap finalis di sebalik tabir daripada persiapan, pre-production, mencari lokasi, mengurus penggambaran, sehinggalah proses editing sebelum hasil akhir pilot episod siap sepenuhnya.
Setiap pilot episod kemudiannya akan dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani, manakala Sherry Al-Hadad mengendalikan rancangan sebagai pengacara sepanjang pertandingan.
Dalam masa yang sama, penonton turut berpeluang untuk menentukan calon pilihan mereka menerusi undian online di laman rasmi Gempak: www.gempak.com/malaysianhostwanted
Hanya seorang sahaja bakal dinobatkan sebagai Juara Malaysian Host Wanted Musim Kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Malaysian Host Wanted Musim Kedua bersiaran mulai 12 Oktober, setiap Isnin, jam 11 malam, di Astro Ria, Sooka dan Astro GO.